WILAYAH - TIMUR > BERITA

Kastam Kelantan Rampas 7,100 Kg Karkas Babi

04/08/2024 07:01 PM

KOTA BHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 7,100 kilogram karkas babi dipercayai diseludup dari negara jiran yang dianggar bernilai RM106,500 di Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, Rabu lepas.

Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata rampasan dilakukan Pasukan Marin JKDM Penguatkuasaan Pengkalan Kubor selepas mengekori dan menahan sebuah treler membawa kontena dipandu lelaki di jalan berkenaan.

“Modus operandi ialah membawa masuk karkas itu dari negara jiran melalui pangkalan haram. Mereka (penyeludup) juga menggunakan pelbagai jenis kenderaan sama ada lori atau treler," katanya dalam kenyataan hari ini.

 Beliau berkata karkas babi diklasifikasikan sebagai barang larangan import bersyarat yang tertakluk di bawah Butiran 1(1) Bahagian I, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan memerlukan permit daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tujuan pengimportan.

"Rampasan barang seludup itu melibatkan cukai dianggar RM42,600 manakala treler beserta kontena dianggar RM500,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan