KOTA BHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meminta kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan Kelantan berkaitan pembinaan sheetpile atau kepingan cerucuk bagi memastikan kelangsungan hidup ribuan petani di negeri ini.
Pengerusi KADA Muhammad Husain berkata langkah itu adalah pelan jangka panjang yang bukan hanya untuk manfaat petani tetapi juga melibatkan isu keterjaminan makanan negara.
"Saya dimaklumkan paras air sungai telah meningkat ekoran hujan lebat di kawasan hulu Sungai Kelantan dan membolehkan pam di Stesen Kemubu 2 beroperasi dengan baik namun keadaan akan kembali buruk jika berlaku lagi kemarau.
"Antara penyelesaian utama bagi masalah paras air yang rendah dan kelumpuhan stesen pam Kemubu adalah dengan membina kembali atau membaik pulih segera sheetpile sedia ada yang telah roboh," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial