WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kerangka DPAN Perkukuh Peranan APM - Ahmad Zahid

13/08/2024 06:01 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerangka Dasar Pertahanan Awam Negara (DPAN) akan menjadi landasan untuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) terus maju dan memainkan peranan lebih signifikan dalam memperkukuh pertahanan awam negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerangka DPAN bukan sekadar inisiatif penjenamaan semula APM tetapi juga langkah strategik yang holistik dan inklusif bagi memperkasakan peranan agensi itu dalam menjaga keselamatan Malaysia. 

“Memandangkan APM kini di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri, dasar ini dirangka dengan teliti untuk memastikan ia terus relevan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran masa hadapan,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan telah mendengar dan meneliti pembentangan Kerangka DPAN daripada Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed.

Ahmad Zahid berkata pelbagai isu dan pertimbangan telah dibincang untuk merealisasikan DPAN selain memastikan setiap aspek serta keperluan diambil kira dalam proses pelaksanaannya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan