BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 WILAYAH - UTARA > BERITA

Dua Lelaki Myanmar Didakwa Bunuh Rakan Sekerja

16/08/2024 11:51 AM

BALIK PULAU, 16 Ogos (Bernama) -- Dua lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersama membunuh rakan sekerja dan senegara mereka di sebuah restoran di Bayan Lepas, dua minggu lepas.

Lay Zin Ton, 24, dan Myo Kyaw Hein, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu telah mencapai niat bersama untuk membunuh Saw James  di Bukit Genting Hill Leisure Park and Restaurant, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada 11 malam, 4 Ogos hingga 3 pagi, 5 Ogos 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Dis depan bagi sebutan semula kes untuk serahan laporan ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Lushani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 5 Ogos lepas, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dilaporkan berkata mayat lelaki warga asing dipercayai dibunuh ditemukan dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di restoran berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bergaduh dengan beberapa warga asing yang juga rakan sekerjanya di restoran itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan