WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUKMA 2024: Skuad Hoki Lelaki Pahang Masih Bergelut Buru Kemenangan

17/08/2024 07:40 PM

KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Juara bertahan Pahang masih bergelut biarpun mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kelantan dalam perlawanan kedua aksi Kumpulan A acara hoki lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Negeri Sarawak, anak buah Mohd Sufian Mohamad yang turun dengan misi mempertahankan pingat emas pada edisi 2022 bagaimanapun perlu meningkatkan intensiti permainan mereka selepas permainan pertama peringkat kumpulan semalam menyaksikan mereka terpaksa bermandi peluh sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 kepada Sabah. 

Dalam perlawanan Kumpulan B, skuad lelaki Johor yang merupakan naib johan edisi lepas tidak mempunyai masalah untuk menidakkan kemaraan Melaka dengan menoktahkan kemenangan 6-0, manakala pertemuan pasukan lelaki Terengganu dan Wilayah Persekutuan berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan kumpulan D. 

Skuad lelaki Perak pula membelasah tuan rumah 6-0 pada saingan kumpulan C. 

Dalam aksi kumpulan A di Stadium Hoki Petra Jaya, pasukan Pulau Pinang membenam tuan rumah 5-0 manakala Pahang menewaskan Melaka dengan 7-1. 

Sabah juga tidak mampu menyaingi kehebatan Wilayah Persekutuan dalam saingan Kumpulan B apabila ditumpaskan 4-0 manakala Terengganu menewaskan Selangor, 2-1 di venue sama. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan