WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Cemuhan Pembakar Semangat Dayang Nurulnuhaa Raih Emas Petanque Sarawak

18/08/2024 03:25 PM

KUCHING, 18 Ogos (Bernama) -- Cemuhan yang dilempar daripada sesetengah pihak tidak sedikit pun menggugat Dayang Nurulnuhaa Fasihah Abang Misbahhuddin untuk meneruskan karier dalam sukan petanque.

Malah, cemuhan itu menjadi pembakar semangat untuk beliau berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya menghadiahkan pingat emas kepada Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Dayang Nurulnuhaa Fasihah menamatkan kemarau lapan tahun pingat emas tuan rumah dalam sukan itu apabila memenangi acara shooting wanita selepas menewaskan wakil Wilayah Persekutuan Nur Arissa Qasreena Ratinan 29-27 dalam aksi final hari ini.

“Hari ini saya berjaya buktikan orang yang nak tengok saya kalah itu salah. 

“Terima kasih kepada keluarga saya dan pasukan yang tidak pernah jemu beri sokongan hingga saya membuktikan mampu meraih pingat emas hari ini,” katanya ketika ditemui.

Atlet berusia 18 tahun itu berharap pencapaian berkenaan mampu membuka mata barisan jurulatih pasukan kebangsaan untuk menyenaraikannya dalam skuad negara.

“Kalau ada rezeki saya memang mahu berada dalam pasukan kebangsaan, mahu mewakili Malaysia pada Sukan SEA akan datang,” katanya.

--BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan