WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUKMA 2024: Penentuan Penalti Tentukan Tempat Teratas Kumpulan D Hoki Lelaki

18/08/2024 08:18 PM

KUCHING, 18 Ogos (Bernama) -- Dua tempat teratas Kumpulan D acara hoki lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan ditentukan menerusi penentuan penalti esok, selepas Terengganu dan Wilayah Persekutuan menamatkan saingan kumpulan dengan terikat dari segi mata dan perbezaan gol.

Berdasarkan undian, Pahang akan berdepan Perlis manakala Perak membuat perhitungan dengan Sabah dalam aksi suku akhir yang dijadual berlangsung Selasa.

Johor dan Melaka pula menantikan pasukan mana menjadi lawan mereka selepas penentuan penalti Kumpulan D esok.

Pasukan lain bersaing dalam perlawanan klasifikasi bagi menentukan kedudukan akhir mereka dalam temasya dwitahunan kebangsaan itu.

Bagi kategori wanita pula, aksi peringkat kumpulan berlangsung di Stadium Hoki Petra Jaya hari ini, menyaksikan Pulau Pinang menewaskan Melaka 4-0 diikuti Pahang yang menundukkan Negeri Sembilan 1-0 dalam kempen Kumpulan A.

Aksi Kumpulan B pula, Terengganu tewas 2-4 kepada Wilayah Persekutuan manakala Selangor selesa mengatasi Johor 4-1.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan