WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TNB Akan Rayu Taksiran Tambahan LHDN Berjumlah RM1.39 Bilion

20/08/2024 09:58 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengemukakan rayuan berhubung notis taksiran tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat utiliti itu berkata notis yang diterima pada Isnin (19 Ogos, 2024) adalah menyamai notis diterima pada tahun-tahun sebelumnya yang pada masa ini di peringkat mahkamah.

Malah, TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.

“Mengikut nasihat perundangan daripada peguam cara cukai kami, TNB berpendirian bahawa ia mempunyai asas undang-undang yang baik untuk mempertikaikan taksiran dibangkitkan secara silap oleh pihak LHDN.

“Oleh itu, sepertimana sebelum ini, TNB akan membuat rayuan terhadap notis berkenaan secepat mungkin,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan