BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tanah Jerlus Masjid India: Pasar Malam Lorong TAR Ditutup - DBKL

24/08/2024 03:42 PM

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup hari ini susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pagi semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari (25 Ogos) di Lorong TAR, juga ditunda. 

“Langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada usaha mencari mangsa yang masih belum ditemukan.

“Langkah ini juga diambil kerana mengambil kira faktor keselamatan para peniaga pasar malam,” menurut DBKL dalam kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan mangsa tanah jerlus merupakan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus selepas terjatuh dalam lubang benam sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan