BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Perak Ungguli Final Kriket T10 Lelaki, Wanita

24/08/2024 06:08 PM

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) -- Pasukan kriket Perak mencipta memori terindah apabila menyapu dua pingat emas dalam acara T10 lelaki dan wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada aksi di Padang Kriket & Ragbi Petra Jaya di sini hari ini.

Pada aksi final lelaki, Perak menundukkan Johor dengan kelebihan 34 larian sekali gus menebus kehampaan selepas gagal mempertahankan emas dalam acara T20 lelaki.

Pingat gangsa menjadi milik Terengganu selepas mencatat kemenangan ke atas Kedah dengan kelebihan tujuh wiket.

Pasukan wanita juga tidak kurang hebatnya apabila menewaskan Selangor dengan kelebihan 51 larian, manakala tuan rumah melengkapkan senarai podium dengan gangsa selepas mengecewakan Wilayah Persekutuan dengan 25 larian.

Sementara itu, jurulatih kriket wanita Perak Amiruddin Omar Arbain menyifatkan kejayaan memenangi emas tersebut simbolik kerja keras dan komitmen tinggi serta semangat berpasukan ditampilkan sepanjang  temasya sukan dwitahunan kebangsaan itu.

"Mereka ini dibentuk sejak 2019 dan yang paling tua 19 tahun. Mereka dari kawasan yang sama di Perak. Bukan mudah untuk melatih mereka, jadi perlukan proses. Apa yang saya percaya, istilah Trust the Process kita perlukan masa untuk menjadi seorang juara,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan Nur Izzatul Syafiqa Fajrol’As berterima kasih kepada rakan sepasukan yang komited untuk memenangi emas.

“Kami capai apa yang kami nak sebagai juara. Saya sangat gembira dan terima kasih dekat rakan sepasukan. Sekarang penat lelah telah terbalas,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan