BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUKMA 2024: Negeri Sembilan Raih Emas Acara Mobile Legends

24/08/2024 05:01 PM

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) -- Pasukan e-sukan Negeri Sembilan muncul juara acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Perak 3-2 hari ini.

Pada aksi final di Swinburne University Of Technology Sarawak di sini yang menggunakan format best of five, Negeri Sembilan bermula dengan langkah kiri apabila tewas perlawanan pertama dengan keputusan 9 'kills' berbalas 3. 

Bagaimanapun, Negeri Sembilan bangkit pada dua perlawanan seterusnya masing-masing dengan keputusan 10-5 dan 15-7.

Ketika hanya satu mata sahaja diperlukan oleh Negeri Sembilan untuk mengesahkan pingat emas, pasukan Perak berjaya menyamakan kedudukan apabila memenangi perlawanan keempat 18-3.

Pada perlawanan penentuan menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing sengit apabila meraih jumlah kills yang sama iaitu 11-11, namun kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan yang berjaya memusnahkan kristal milik Perak sekali gus meraih pingat emas dalam acara MLBB.

Sementara itu, dalam acara Tekken 8 menyaksikan atlet Melaka Mohammad Aman Sofee Mohd Zahari mempamerkan kemahiran permainan yang unggul setelah menewaskan wakil Johor, Mohamad Haiqal Haqimi Pawzi dengan skor 12-7.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan