BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Arab Saudi Anjur Kejohanan Pertarungan Gergasi Pfl Pada Oktober

24/08/2024 06:36 PM

RIYADH, 24 Ogos (Bernama-SPA) -- Arab Saudi akan menjadi tuan rumah acara paling berprestij dalam seni bela diri campuran, Pertarungan Gergasi yang akan mempertemukan Juara Brazil Renan Ferreira dan pesaingnya dari Cameroon, Francis Ngannou, untuk gelaran Juara Heavyweight Professional Fighters League (PFL).

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa acara itu akan berlangsung pada 19 Oktober di Dewan Mayadeen, Riyadh, di bawah seliaan Kementerian Sukan Arab Saudi dan dianjurkan Persekutuan Seni Bela Diri Campuran Saudi dengan kerjasama Persatuan Seni Bela Diri Dunia.

"Saya gembira dapat kembali ke Arab Saudi dan berada di Riyadh, yang mempunyai tempat istimewa di hati saya. Rakyat Saudi menyambut saya dengan penuh semangat kali terakhir, jadi saya tidak sabar untuk beraksi di hadapan mereka dan memenangi pertarungan hebat ini," kata Ngannou pada sidang media di Washington, D.C.

Ferreira, Juara heavyweight PFL semasa, berkata: "Saya sangat teruja berada di Arab Saudi buat kali pertama, dan saya ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan sukan ini di sana dengan menyertai perlawanan ini di mana saya pasti akan memberikan yang terbaik untuk mencapai kemenangan bersejarah yang menambah kepada kejayaan saya sebelum ini."

Pertarungan ini akan didahului dengan satu lagi perlawanan yang hebat di bahagian wanita dengan i bintang MMA, Cris Cyborg akan berdepan juara Larissa Pacheco dalam satu lagi pertembungan yang dinantikan ramai antara dua juara ini.

Peminat yang ingin hadir dan menikmati acara ini boleh menempah tiket mereka melalui pautan berikut: https://webook.com/en/events/battle-of-the-giants-198238.

--BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan