BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUKMA 2024: Gimnas Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Cemerlang Di Bumi Kenyalang

24/08/2024 08:29 PM

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang mendominasi acara gimnastik artistik lelaki manakala Wilayah Persekutuan menggungguli gimrama pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Gimnas Pulau Pinang menamatkan saingan gimnastik artistik dengan bergaya selepas memperoleh empat daripada 14 pingat emas dipertandingan di Pusat Persidangan Serian.

Empat pingat emas itu diperoleh menerusi acara berpasukan, kekuda berpelana, gelang roman dan palang sejajar.

Wilson Yeoh Wei Sin muncul penyumbang tertinggi dengan tiga pingat emas menerusi disiplin palang sejajar, gelang roman lelaki serta membantu Liew Kai Jack, Neoh Kean Yong, Chew You Kai dan Chew You Wei menerusi berpasukan.

Turut mencatat nama sebagai penyumbang pingat emas ialah Anson Tan Yu Hang dalam disiplin kekuda berpelana dan membantu dalam acara berpasukan.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Pulau Pinang Foong Wah Seng berkata anak didiknya mempamerkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa bagi memastikan mereka tidak pulang ‘kosong’ dari Bumi Kenyalang.

Gimnastik menawarkan 21 pingat emas secara keseluruhan dengan 14 daripadanya acara gimnastik artistik manakala selebihnya gimrama.

Acara gimrama yang berlangsung pada 17 hingga 19 Ogos pula menyaksikan Wilayah Persekutuan membolot kesemua tujuh pingat emas ditawarkan menerusi Cassidy Tan Jia Xin dalam disiplin all-around individu, bola, reben serta berpasukan bersama-sama Nur Zhafirah Wong Rudy Kurniawan, Rhea Dhalilwall dan Ru-Zanne Sui. 

Nur Zhafirah Wong turut mengungguli disiplin gelung dan belantan manakala Cheyelle Cheah Xin Yuen, Low Ee Shuen, Elodie Cheah, Lim Jay Wen, Wong Poe Syuen dan Trisha Ng Xue Wen menjuarai disiplin latihan berkumpulan wanita.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan