WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Prasarana Jamin Insiden Keselamatan Siber Tidak Ganggu Operasi Harian

26/08/2024 05:54 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberi jaminan bahawa insiden keselamatan siber melibatkan akses tanpa kebenaran ke beberapa sistem syarikat itu tidak mengganggu operasi hariannya.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan keselamatan siber mereka telah mengenal pasti dan sedang menangani insiden itu.

“Kami sedang mengurus dan menangani situasi ini. Kami juga sedang bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk menyiasat serta mengambil langkah mitigasi.

“Keutamaan kami adalah pada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam,” menurut kenyataan itu.

Prasarana memaklumkan pihaknya juga kini sedang bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia bagi memastikan semua langkah telah diambil supaya respons menyeluruh dapat diberikan dan melindungi sistem mereka.

“Kami akan terus memberikan kemas kini dari semasa ke semasa. Tumpuan kami kekal pada penyelesaian masalah dengan segera di samping memastikan perkhidmatan kami terus memenuhi keperluan orang awam,” menurut kenyataan itu .

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan