WILAYAH - UTARA > BERITA

Mayat Dipercayai Bayi Ditemukan Dalam Lantai Simen Rumah

28/08/2024 06:51 PM

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Mayat dipercayai bayi ditemukan tertanam dalam lantai simen halaman sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, di sini tengah hari tadi.

Mayat yang belum diketahui jantina dan anggaran usia itu dipercayai ditemukan oleh individu yang mahu membuat pengubahsuaian rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. 

"Belum dapat fakta lengkap, setakat ini hanya maklumat awal dan maklumat lanjut akan dikongsi," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan