WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mayat Warga Emas Ditemukan Dalam Paya

01/09/2024 02:22 PM

KOTA BHARU, 1 Sept (Bernama) -- Mayat seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan di dalam paya di sebuah kebun di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri, Ketereh dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Hasri Husin berkata pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung penemuan mayat oleh penduduk kampung.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Fakhrurazi Mamat dari Kampung Belukar Beta Hulu.

"Anggota bomba kemudian membawa keluar mangsa dari paya yang dipercayai dibina bagi kegunaan menakung air di kebun itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasri berkata Fakhrurazi dipercayai keluar ke kebun miliknya dan tidak pulang ke rumah sejak 6.30 petang semalam sebelum laporan polis dibuat ahli keluarganya.

Beliau berkata penduduk kampung yang mengadakan gerakan mencari menemui mayat mangsa di dalam paya berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan