WILAYAH - SELATAN > BERITA

48 Kes Disyaki Mpox Disahkan Negatif

09/09/2024 07:04 PM

JOHOR BAHRU, 6 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 48 kes yang disyaki virus cacar monyet atau mpox di Malaysia adalah negatif.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hingga kini, kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes yang direkodkan pada akhir tahun lepas.  

Beliau berkata setakat ini, hampir 5.2 juta pengembara disaring di pintu masuk antarabangsa sejak 16 Ogos lepas.

Terakhir pada Disember 2023, kita berdepan sembilan kes positif daripada varian clade II (dua), bukan I (satu) yang lebih ganas (yang sedang merebak sekarang)," katanya kepada pemberita pada Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap di Jalan Dhoby di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tian Soon.

Beliau dalam pada itu berkata, saringan terhadap pengembara di semua pintu masuk sempadan negara termasuk di lapangan terbang bagi mengekang penularan penyakit mpox tidak akan mengakibatkan kelewatan pelepasan di pintu masuk negara.

“Kita akan terus pertingkatkan jagaan kita di pintu masuk darat, udara, laut dan lapangan terbang antarabangsa kita.

“ … tidak (melewatkan pelepasan), kita lakukan (saringan) dalam bentuk mobile scanner, jadi saya tidak nampak apa-apa pun tergendala atau kelewatan dari sudut teknikal dan sebagainya,” katanya.

Malaysia tidak merekodkan sebarang kes mpox daripada apa-apa varian pada 2024, manakala negara jiran Thailand melaporkan 1 kes melibatkan clade I pada bulan lepas.
 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan