WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MINDEF Sokong Usaha PBB Kaji Penggunaan AI Untuk Pasukan Pengaman Dalam Operasi Ketenteraan

09/09/2024 07:58 PM

Daripada Muhammad Afiq Mohd Asri

SEOUL, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pertahanan menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji dan meneliti penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi pasukan pengaman di bawah badan dunia itu dalam menjalankan tugas mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana teknologi AI semakin banyak diaplikasikan dalam bidang ketenteraan di seluruh dunia.

“Susulan pertemuan dua hala dengan PBB hari ini, mereka akan membawa isu ini ke peringkat PBB untuk meneliti keberkesanan penggunaan teknologi AI dalam operasi ketenteraan.

"Ini akan menjadi tumpuan utama pada mesyuarat dan perbincangan PBB dua bulan akan datang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama Wakil Tinggi PBB bagi Hal Ehwal Pelucutan Senjata Nakamitsu Izumu, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan