WILAYAH - TIMUR > BERITA

Dua Warga Thailand Antara Ditahan Miliki Pil Yaba, Syabu Bernilai Lebih RM1 Juta

09/09/2024 08:45 PM

KOTA BHARU, 9 Sept (Bernama) -- Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menahan tiga lelaki termasuk dua warga Thailand kerana memiliki 60,000 pil yaba dan dua kilogram dadah jenis syabu bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di dua rumah dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kesemua yang berusia 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 6 petang.

“Hasil saringan air kencing mendapati mereka positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.

"Kesemua lelaki itu dan dadah dirampas diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan