WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Wanita Hamil Maut Diserang Gajah Liar Di Indonesia

10/09/2024 05:46 PM

JAKARTA, 10 Sept (Bernama-dpa) -- Seorang wanita hamil maut selepas diserang sekumpulan gajah liar di Pulau Sumatera, Indonesia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wanita itu dikenali sebagai Karsini, cuba melindungi ladang getah keluarganya daripada sekumpulan gajah di daerah Muara Lakitan di selatan Sumatera pada Ahad, kata Ketua Polis tempatan, Muhammad Karim.

"Mangsa cuba menakutkan kumpulan gajah itu dengan memukul dua tong untuk menghasilkan bunyi yang kuat, tetapi sebaliknya gajah-gajah itu menyerangnya hingga menyebabkan kematiannya," kata Karim.

Insiden itu berlaku di kawasan yang terkenal dengan populasi gajah liar, yang sering berkeliaran dalam kumpulan sehingga 100 ekor.

“Kes kematian jarang berlaku. Ini adalah kes paling buruk yang pernah kami saksikan,” kata Karim, sambil menasihatkan penduduk supaya mengelak pertembungan dengan gajah jika berdepan dengan mereka.

Susulan kejadian itu, pasukan dari Agensi Pemuliharaan Sumber Asli dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

-- BERNAMA-dpa

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan