WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TPM Ahmad Zahid Sumbang Smart TV Kepada SJKT Ladang Henrietta

10/09/2024 08:06 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Henrietta, Padang Serai, Kedah menerima sumbangan dua buah Smart TV daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk kegunaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu.

Sumbangan itu disampaikan Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri A.Arvend, ketika mengunjungi sekolah tersebut baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut S.llanggo memaklumkan sumbangan itu, sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan teknik pembelajaran di sekolah itu, dengan menggunakan teknologi lebih canggih dan interaktif.

“PIBG sekolah telah merancang untuk menyumbang 12 buah Smart TV kepada pihak sekolah, untuk melengkapi semua bilik darjah demi kepentingan pengajaran dan pembelajaran murid mengikut peredaran masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ilanggo berkata sumbangan Ahmad Zahid berkenaan, boleh membantu dalam membudayakan perkongsian ilmu demi merealisasikan impian pendidikan berkualiti dan insan terdidik di sekolah itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan