WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bekas Pemain Bola Sepak Johor FA Calon PN PRK DUN Mahkota

10/09/2024 11:17 PM

KLUANG, 10 Sept (Bernama) -- Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Majlis Pengumuman Calon PN di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu, di sini malam ini.

“Beliau merupakan anak tempatan Kluang, lahir di Layang-Layang dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan bapanya pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah PRK DUN Mahkota Datuk Seri Azmin Ali, Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin.

Pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan