WILAYAH - TENGAH > BERITA

Get.Set.Glow! September: Kempen Sebulan Guardian Malaysia Untuk Kesihatan Dan Kesejahteraan

14/09/2024 04:47 PM

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Guardian Malaysia meraikan September sebagai bulan Get.Set.Glow!, menumpukan pada mempromosikan kesejahteraan melalui pelbagai aktiviti dan promosi.

Ini termasuk tawaran kedai dan perkhidmatan farmasi, promosi eStore, peraduan dan rebat, siri dan audio siar YouTube #WellbeingMatters yang menampilkan pakar kesihatan serta pesta kesejahteraan selama seminggu.

Guardian Malaysia dalam satu kenyataan berkata kempen Get.Set.Glow! bertujuan membantu rakyat Malaysia melihat mengapa kesejahteraan penting dan mengamalkan budaya pencegahan dalam penjagaan kesihatan serta memupuk kesejahteraan.

Pengarah Pemasaran guardian Malaysia Anna Ng mengatakan kempen ini telah diilhamkan dan dipandu oleh visi guardian Malaysia iaitu ‘Memupuk Kesejahteraan MY’.

“Sebagai sebuah syarikat, kami percaya kepada pendekatan kesihatan dan kesejahteraan holistik yang merangkumi keperluan minda, tubuh dan semangat supaya rakyat Malaysia dari semua peringkat umur boleh menjadi versi terbaik diri kepada semua orang di sekeliling mereka,” katanya.

Kempen Get.Set.Glow! akan menampilkan sumbangan daripada pakar perubatan terkenal dalam bidang masing-masing untuk bercakap tentang topik kesejahteraan utama di YouTube, termasuk pakar perunding perubatan dalaman Dr Gayethri Chokalingam, pakar bedah kardiotoraks Dr Kenny Chen dan dua pakar perunding pediatrik Dr Wong Yee Ming dan Dr Arunan Periasamy.

Selain siri ceramah pakar kesihatan di YouTube, ahli farmasi komuniti guardian di seluruh negara akan sedia membantu dengan pertanyaan berkaitan gula dalam darah, tekanan darah, pengurusan berat badan dan nasihat kesihatan secara am.

Terdapat juga Festival Kesejahteraan Get.Set.Glow! di Pusat Beli-belah 1Utama dari 10 hingga 16 Sept, menghubungkan jenama kesejahteraan pilihan utama guardian Malaysia dengan orang ramai merentasi lima bidang iaitu gaya hidup dan kesejahteraan, penggalak kesihatan, kecantikan dalaman, menua dengan sihat dan kanak-kanak, menurut kenyataan itu.

Festival ini juga akan menampilkan 28 sesi termasuk senaman, bengkel dan Glow Walk sejauh tiga kilometer.

“Kebanyakan aktiviti akan diadakan di Oval Atrium 1Utama. Program kecergasan dan senaman terpilih akan diadakan di Celebrity Fitness manakala Secret Garden akan berfungsi sebagai Mindful Studio dan Central Park untuk Glow Walk.

“Tempat untuk bengkel dan kelas adalah terhad, jadi kami menggalakkan semua orang mendaftar sekarang dan menyertai kami dalam memupuk kesejahteraan melalui Get.Set.Glow!,” kata Anna.

Untuk maklumat terperinci dan mendaftar untuk pelbagai program, layari https://www.heyjom.com/event/GuardianGet.Set.Glow!WellbeingFestival2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan