WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tujuh Individu Sesat Ketika Mendaki Bukit Maras

16/09/2024 03:00 PM

KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Bernama) -- Tujuh lelaki dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Maras di Kuala Nerus, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.12 pagi daripada seorang daripada pendaki yang sesat itu, namun identiti mereka masih belum diketahui buat masa ini.

“Pada 11.26 pagi, pasukan pencarian cuba menghubungi nombor tersebut semula dan berjaya bercakap dengan pengadu yang memaklumkan dia bersama enam lagi rakannya, yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun, berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. 

Azli berkata berdasarkan maklumat terkini pada 12.17 tengah hari, pengadu telah berkongsi lokasi mereka yang dipercayai berada di puncak tetapi telah menemukan penanda laluan pendakian dan kini sedang membuat perjalanan turun menggunakan penanda tersebut.

Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan