WILAYAH - SARAWAK > BERITA

20 Panggilan Kecemasan Pokok Tumbang Sejak Semalam Di Sabah - Bomba

17/09/2024 04:41 PM

KOTA KINABALU, 17 Sept (BERNAMA) -- Sebanyak 20 panggilan kecemasan melibatkan pokok tumbang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah di beberapa daerah sekitar negeri ini sejak semalam hingga 11 pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan panggilan awal diterima pada 8 pagi semalam dan kejadian dipercayai kerana angin kencang, hujan lebat serta cuaca tidak menentu.

Menurut kenyataan itu antara daerah yang terjejas ialah Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Tenom, Sook, Tawau dan Lintas.

Bilangan kes pokok tumbang mengikut daerah melibatkan empat kes masing-masing di Kota Belud dan Lintas, tiga kes masing-masing di Penampang dan Kudat, dua kes di Kota Kinabalu, dan masing-masing satu kes di Tuaran, Tenom, Sook dan Tawau.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan maklumat akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan