WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tiket Early Bird Kejohanan Dunia M6 Mula Dijual 5 Okt

28/09/2024 07:39 PM

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Jualan tiket untuk pembeli awal (early bird) bagi Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (M6) akan bermula secara rasmi pada 5 Okt ini pada 12 tengah hari, menawarkan diskaun 20 peratus untuk tiket Grand Finals Day dan Comeback Day

MOONTON Games dalam kenyataan hari ini memaklumkan promosi itu akan berlangsung hingga 7 Okt sementara stok masih ada menerusi rakan kongsi rasmi Ticket2U.

"Acara yang ditunggu-tunggu ini akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, venue yang sama edisi pertama siri M dianjurkan lima tahun lepas, menarik peminat dari seluruh dunia untuk menyaksikan pasukan MLBB terbaik berentap.

"Comeback Day pada 14 Dis akan menampilkan perlawanan Lower Bracket kedua terakhir pada 3 petang diikuti Lower Bracket Final pada 7 malam. Harga tiket adalah RM24 bagi kategori Epic, RM36 (Legend) dan RM48 (Mythic),” menurut kenyataan itu.

Grand Finals Day akan berlangsung pada 15 Dis, 5 petang, dengan tiket berharga RM24 (Epic), RM48 (Legend) dan RM80 (Mythic).

Pembeli tiket awal juga bakal menerima hadiah, cabutan bertuah dan diskaun 20 peratus untuk barangan rasmi kejohanan manakala pemegang tiket Mythic berpeluang mendapat tandatangan pemain M6.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan