WILAYAH - SARAWAK > BERITA

600 Pemandu Pengangkutan Awam Thailand Jalani Latihan Bahasa Inggeris

30/09/2024 05:50 PM

BANGKOK, 30 Sept (Bernama) -- Seramai 600 pemandu pengangkutan awam di Bangkok, Chiang Mai dan Phuket dipilih untuk mengikuti latihan bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Thailand, bertujuan meningkatkan kemahiran kakitangan dalam sektor pelancongan.

Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan, Jaturon Phakdeewanit berkata program pembangunan kemahiran bahasa Inggeris dirangka untuk meningkatkan keupayaan kakitangan pelancongan, khususnya pemandu pengangkutan awam yang memainkan peranan penting dalam membawa pelancong ke destinasi pilihan mereka.

"Jika pemandu pengangkutan awam boleh berkomunikasi secara berkesan dengan pelancong antarabangsa, ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, mewujudkan  tanggapan positif dan memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelancong.

"Sebagai pihak yang sering menjadi orang pertama bertemu dengan pelancong asing, kemampuan mereka untuk berkomunikasi adalah sangat penting," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris pemandu, membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih tepat dan seterusnya meningkatkan taraf perkhidmatan kepada pelancong.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan