BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sidang Kemuncak Asia Timur Seru Kerjasama, Pupuk Kepercayaan

11/10/2024 03:41 PM

VIENTIANE, 11 Okt (Bernama-Xinhua) -- Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-19 pada Jumaat diadakan di Vientiane, Laos dengan tumpuan memperkukuh kerjasama di bawah kerangka EAS bagi memupuk persefahaman dan saling mempercayai, lapor Xinhua.

Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dalam ucapannya menegaskan bahawa EAS merupakan komponen penting dalam struktur serantau yang berpusatkan ASEAN serta mengakui kerjasama EAS mencapai kemajuan ketara dan meluas secara sejak 19 tahun yang lalu.

Beliau menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama di bawah kerangka EAS bagi memupuk persefahaman, kepercayaan dan keyakinan yang menjadi elemen penting untuk mencapai matlamat bersama demi keamanan, kestabilan, dan pembangunan mampan.

Sejak penubuhannya pada 2005, EAS berfungsi sebagai platform dialog untuk membincangkan isu-isu strategik yang berkaitan dengan Asia Timur serta isu serantau dan global.

Sidang ke-19 ini dihadiri oleh pemimpin dan wakil dari negara-negara ASEAN, serta China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN dianggotai oleh Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan