WILAYAH - TENGAH > BERITA

Guardian Sambut Ulang Tahun Ke-57, Promosi Kecantikan Dan Kesejahteraan Rakyat

11/10/2024 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Guardian Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti sempena ulang tahun ke-57 operasinya untuk memantapkan komitmen terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat.

Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Anna Ng berkata antara aktiviti dilaksanakan ialah Kempen Pink October, pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu serta promosi eksklusif diskaun 57 peratus. 

Beliau berkata menerusi semua inisiatif berkenaan, pihaknya menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai mengutamakan kesejahteraan serta kecantikan diri mereka.

“Kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman menuntut penjagaan secara harian termasuk pengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses pilihan produk kecantikan dan kesejahteraan yang tepat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai Kempen Pink October, Ng memaklumkan ia dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluas akses selain menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.

Beliau berkata melalui kerjasama itu, Guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif berharga RM23.88 yang mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan dan satu lulur badan.

“Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara.

"Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia,” katanya. 

Ng berkata sepanjang bulan Pink October, Guardian Malaysia akan menjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pengesanan awal, termasuk video oleh Pakar Bedah Payudara dan Onkoplastik Dr Tan Gie Hooi mengenai kepentingan pengesanan awal.

Beliau berkata NCSM juga akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di Guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Okt diikuti kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan pada Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang. 

Selain itu, Ng berkata lebih 20 jenama baharu dan eksklusif tersedia di stor-stor seluruh negara dan dalam talian bermula minggu pertama bulan ini seterusnya disusuli dengan acara kemuncak rasmi pada akhir bulan ini di Guardian The Exchange TRX di sini.

Beliau berkata bagi meraikan ulang tahun ke-57, Guardian Malaysia menawarkan diskaun 57 peratus untuk item kedua bagi lebih 3,000 produk terpilih sepanjang Oktober. 

“Maklumat mengenai produk yang ditawarkan boleh didapati secara dalam talian menerusi e-katalog Guardian baharu atau aplikasi dan eStore Guardian di www.guardian.com.my,” katanya.

Ng berkata Guardian Malaysia juga melancarkan e-katalog baharu sebagai cara lebih mudah dan menarik untuk pelanggan meneroka pelbagai rangkaian produk kesihatan serta kecantikan yang ditawarkan.

“Kami mengajak orang ramai untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produk hebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalam memupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi," katanya.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan