WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anwar Terima Kunjungan Hormat Wakil Masyarakat Orang Asli Di Parlimen

14/10/2024 07:14 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil masyarakat Orang Asli yang diketuai Ahli Dewan Negara Senator Manolan Mohamad di Parlimen.

Anwar menerusi hantaran di laman sosial rasmi beliau berkata kunjungan hormat itu disertai wakil Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang, Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad dan Jaringan Orang Asli Semalaysia. 

"Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan dan peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Anwar berkata pada sesi kunjungan itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan