WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Siasat Penipuan Saham 'Online Dimensional Investment' Libatkan Kerugian RM3.46 Juta

15/10/2024 01:26 AM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Polis sedang menjalankan siasatan skim penipuan pelaburan  saham Online Dimensional Investment membabitkan kerugian kira-kira RM3.46 juta susulan laporan oleh seorang mangsa yang diterima di daerah Serdang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati modus operandi suspek adalah memperdaya mangsa menyertai pelaburan itu melalui akaun pelaburan saham QFII yang dipanggil L-Trader Max.

“Suspek turut meminta mangsa menandatangani perjanjian kontrak atas nama syarikat Dimensional dan meyakinkan mangsa bahawa syarikat berkenaan berdaftar serta beroperasi di Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini tanpa menyebut tarikh laporan itu dibuat.

Hussein berkata siasatan mendapati perjanjian yang ditandatangani itu adalah palsu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan dalam talian terutamanya melalui aplikasi trader dan membuat pengesahan dengan agensi berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

"Orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk sebarang pertanyaan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan