WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Latihan Regata Tukar Tragedi, Lima Peserta Dikhuatiri Lemas

18/10/2024 08:52 PM

KUCHING, 18 Okt (Bernama) -- Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.20 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR). 

“Insiden ini melibat 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya menyelamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

“Operasi SAR melibatkan pihak bomba, Pasukan Polis Marin serta Sarawak Coast Guard. Pihak bomba menggunakan kaedah pencarian di permukaan air,” katanya dalam kenyataan.

 Kesemua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan