WILAYAH - TIMUR > BERITA

Tahap Kesedaran Di Kelantan Masih Rendah Walaupun Akta Rokok Sudah Dikuat Kuasa

20/10/2024 11:16 PM

KOTA BHARU, 20 Okt (Bernama) -- Tahap kesedaran rakyat di Kelantan masih rendah terhadap kesan buruk amalan merokok, aktiviti promosi dan pemasaran yang tidak beretika walaupun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Husin berkata berdasarkan pemerhatian dan penguatkuasaan, pihaknya mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.

“... pihak penguat kuasa tidak boleh berada di semua tempat untuk melakukan penguatkuasaan pada setiap masa maka ia terserah kepada kesedaran dan sikap tanggungjawab individu itu.

“Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 1,443 advokasi dan 12 notis Seksyen 47 di bawah Akta 852,“ katanya ketika merasmikan Operasi Mega Penguatkuasaan Akta 852 di sini.

Beliau berkata melalui operasi itu, sejumlah 1,201 premis telah dikunjungi oleh Jabatan Kesihatan Negeri hari ini termasuk empat kedai khas bagi produk rokok, 52 kedai serbaneka, 49 kedai runcit dan 502 premis makanan. 

Operasi itu melibatkan 190 anggota lima agensi antaranya polis, kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan serta Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan