WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jalan Istana Abdul Aziz Ditutup Berperingkat Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja

21/10/2024 08:33 PM

KUANTAN, 21 Okt (Bernama) -- Jalan Istana Abdul Aziz akan ditutup secara berperingkat dan dilencongkan sementara sempena Istiadat perkahwinan Putera Sultan Pahang Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata penutupan jalan itu akan bermula pada 24, 25 dan 27 Okt ini bermula 5 petang.

“Laluan ditutup kepada kenderaan awam bermula di persimpangan pusingan U Bukit Istana ke lampu isyarat Istana Abdulaziz hala ke KotaSAS. Laluan hanya dibuka kepada VVIP/jemputan untuk ke zon menurunkan/parkir.

“Cadangan laluan kontra, kenderaan dari arah bandar Kuantan hala ke KotaSAS akan dilencongkan ke laluan bertentangan bermula persimpangan pusingan U Bukit Istana hingga lampu isyarat Istana Abdulaziz,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kenderaan dari arah KotaSAS menghala ke bandar Kuantan akan bergerak seperti aliran biasa kecuali untuk satu lorong yang bermula dari lampu isyarat Istana Abdulaziz hingga ke persimpangan pusingan U Bukit Istana. 

“Pengguna jalan raya khususnya penduduk sekitar kawasan Istana Abdulaziz diminta untuk mengikut aturan daripada petugas lalu lintas dan papan tanda yang disediakan. Laluan alternatif seperti melalui jalan Bukit Goh adalah sangat digalakkan,” katanya. 

Majlis akad nikah pasangan pengantin diraja itu akan berlangsung pada 8 malam, Khamis ini, kemudian diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Okt dan Istiadat Persandingan Diraja pada 8 malam, Ahad ini di Istana Abdulaziz.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan