WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Banjir: 98 Fasiliti Kesihatan Di Tiga Negeri Terjejas

03/12/2024 07:26 PM

PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) -- Sebanyak 98 fasiliti kesihatan awam di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata setakat 9 pagi tadi, sebanyak 64 fasiliti terjejas di Kelantan, Terengganu melibatkan 30 fasiliti manakala di Kedah, empat kemudahan kesihatan terkesan akibat bencana alam itu.

"Di Kelantan, sebanyak 30 fasiliti masih boleh beroperasi (meskipun dinaiki air) manakala 34 lagi dipindahkan manakala di Terengganu 17 fasiliti beroperasi sementara dan 13 lagi tidak beroperasi dan kini dipindahkan.

"Sebanyak tiga fasiliti kesihatan di Kedah dipindahkan, satu lagi masih beroperasi seperti biasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Setakat 5 petang tadi, Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan sebanyak 69,264 mangsa dilaporkan di tiga negeri berkenaan membabitkan 20,970 keluarga. 

Daripada jumlah itu, Kelantan menjadi negeri tertinggi terjejas banjir dengan 44,415 mangsa diikuti Terengganu (18,085) dan Kedah (6,775). 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan