WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ELAUN PLKN 3.0 KEKAL RM8 SEHARI

15/12/2024 02:04 PM

KOTA TINGGI, 15 Dis (Bernama) -- Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) yang akan bermula Januari ini. 

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini belum ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun tersebut.

"Setakat ini (RM8) kita kekal, program itu belum bermula. Jadi biarlah mula dulu," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI - MINDEF di Balai Raya Kampung Baru Pasak di sini hari ini. 

Pada Khamis lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan dilaporkan membentangkan laporan berkaitan PLKN 3.0 termasuk mengesyorkan kadar elaun peserta dinaikkan ke RM50 sehari.

Dalam pada itu, Mohd Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata insiden buli dan provokasi antara peserta PLKN 3.0 mampu dielakkan kerana program berkenaan berlangsung dalam tempoh singkat.

"PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari di dalam kem tentera. Berasaskan kepada soal itu kita percaya soal itu (buli dan provokasi) akan dapat ditangani," kataya. 

Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0, membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Jan tahun depan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan