WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Artis Rock Tempatan, Antarabangsa Bakal Gegarkan 'Hutan' Sarawak

18/12/2024 07:11 PM

KUCHING, 18 Dis (Bernama) -- Barisan artis rock  tempatan dan antarabangsa dari  Malaysia, Indonesia dan Singapura bakal menggegarkan 'hutan' Sarawak pada 28 hingga 29 Dis menerusi konsert 'Rock In The Jungle' (RITJ)  di Kampung Budaya Sarawak.

Jurucakap RITJ Zaini Zainuddin berkata antara kumpulan yang bakal membuat persembahan terdiri Wings, Sweet Charity, XPDC, Jemson, Criss X, JS Boys, Edane, Candy, Criss X, Senseless dan BNB Band.

"Selain itu, kita akan bawa 10 band tempatan untuk turut serta membuat persembahan yang bermula dari 2 hingga 6 petang.

"Pentas besar pula akan menjadi tumpuan pada waktu malam dengan persembahan artis. Konsert ini menjadi platform untuk band tempatan beraksi bersama bintang rock terkenal sekali gus memperkukuh hubungan dalam komuniti muzik," katanya pada sidang media di Damai Central di sini hari ini.

Zaini berkata peminat boleh mendapatkan tiket awal pada harga RM188 untuk pas kemasukan harian dan RM 350 untuk pas kemasukan dua hari.

Beliau berkata promosi tiket awal akan dilanjutkan hingga 22 Dis dan sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang ticketmelon.com/kanzenarena/rockinthejungle.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan