WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TPM Ucap Takziah Kepada Keluarga Ahmad Feardaus

25/12/2024 10:33 PM

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak Allahyarham Ahmad Feardaus Daud yang meninggal dunia, hari ini. 

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Allahyarham Ahmad Feardaus atau lebih dikenali sebagai Dek Mat banyak menabur jasa untuk parti khususnya melalui Skuad Sabil dengan memberikan bantuan serta khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan di seluruh negara. 

“Kehilangan Dek Mat benar-benar dirasai oleh keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Gombak.

 “Semoga Allah SWT menerima segala amal bakti Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh ganjaran syurga. Insya-Allah,” katanya menerusi laman X hari ini. 

Ahmad Zahid turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian itu. 

Turut mengucapkan takziah Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan pemergian Allahyarham Ahmad Feardaus merupakan kehilangan seorang sahabat, pendukung dan penyokong kuat sejak zaman beliau bersama Pemuda UMNO.

“Baru mendapat berita yang amat menyedihkan dan meruntun jiwa. Moga Allah merahmatimu dan tenanglah kamu di sana wahai sahabatku,” katanya dalam catatan di Facebook.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan