KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited untuk meningkatkan keupayaan pendidikan, pengetahuan dan kemahiran pegawainya melalui latihan berkala dalam pelbagai bidang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata ia bagi memenuhi tuntutan negara dan harapan masyarakat terhadap agensi itu.
“SPRM akan memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pegawai dalam menghadapi apa jua keadaan selari dengan hala tuju kerajaan terutamanya dalam aspek pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).
“Pegawai SPRM juga perlu bertindak proaktif dalam menjalankan operasi supaya dapat menangani isu rasuah secara berkesan dan berimpak tinggi. Tindakan proaktif ini perlu disusuli dengan aktiviti pencegahan yang merangkumi pengurusan tatakelola dan penyebaran luas pendidikan antirasuah kepada kumpulan sasar yang tepat,” katanya.
Selain itu, katanya struktur dan pendekatan dalam menjalankan tugas oleh SPRM perlu diperkemas dengan melihat semula kepada prosedur operasi standard dan memperbaharui strategi agar dapat mengekalkan kecemerlangan serta prestasi sedia ada.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial