WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Banjir Johor Pulih, Tiga PPS Terakhir Ditutup

16/01/2025 02:42 PM

JOHOR BAHRU, 16 Jan (Bernama) -- Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian; dan Dewan Serbaguna Kahang serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang di Kluang.

"Kesemua 230 orang daripada 72 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS tersebut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini, setelah air banjir surut dan keadaan kediaman didapati selamat.

“Selain itu, keadaan cuaca di Pontian diramalkan hujan, manakala Muar mendung, sementara lapan daerah yang lain dijangka cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Johor kembali dilanda bencana banjir melibatkan daerah Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Kulai dan Johor Bahru susulan hujan lebat berterusan, pada Jumaat (10 Jan) lepas.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan