WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Beranak Cedera Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang

16/01/2025 05:29 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.

Wanita berusia 39 tahun dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu, diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap dalam kereta berkenaan.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Md Izzat Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi, sebelum dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Pudu dengan kekuatan 15 anggota dikerah ke lokasi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kejadian pokok tumbang itu menyebabkan laluan terhalang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa.

“Kejadian menyebabkan dua mangsa berkenaan mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Izzat berkata pasukan bomba, dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memotong pokok yang menghalang laluan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan