WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Konsert Ambang Tahun Baharu: Polis Sahkan Ada Dadah Dalam Darah Empat Yang Maut

18/01/2025 01:27 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Empat individu yang maut selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas disahkan mengambil dadah, berikutan darah mereka didapati mengandungi bahan terlarang berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ia berdasarkan laporan Jabatan Kimia yang diterima minggu lepas.

“Setakat ini polis telah merakam keterangan daripada 52 orang saksi, terdiri daripada rakan-rakan individu yang maut serta petugas di konsert tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam tahun baharu, disyaki akibat pengambilan dadah.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan