"Susulan itu, mangsa yang berusia 49 tahun telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 2.04 petang, Sabtu lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azli berkata melalui siasatan yang dijalankan, suspek mengaku telah mengambil dan menjual barang kemas berkenaan di sebuah kedai emas di daerah ini.
Menurut beliau, polis kemudian membawa suspek ke kedai emas terbabit dan merampas buku resit serta seketul logam berwarna kekuningan yang dipercayai ketulan emas.
"Pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes kecurian itu dalam tempoh kurang 24 jam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial