GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Seramai 273,590 penerima program i-Sejahtera di Pulau Pinang akan menerima pembayaran secara pemindahan dana elektronik (EFT) bagi Fasa 1/2025 mulai 12 Mac depan yang melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM49.37 juta.
Pengerusi Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim berkata ia merangkumi 205,042 penerima Program Penghargaan Warga Emas (PPWE), 10,298 Program Bantuan Ibu Tunggal (PBIT), 43,104 Program Suri Emas (PSE) dan 15,146 penerima program bantuan orang kurang upaya (OKU)
“Permohonan yang dikemukakan selepas 10 Feb akan menerima bantuan pada Fasa 2/2025 dan rakyat boleh membuat pendaftaran program i-Sejahtera melalui laman web (https://isejahtera.penang.gov.my).
“Pembayaran hanya akan dibuat kepada pemohon baharu yang mendaftar sebelum 30 Jun setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata rakyat boleh menyemak status pembayaran mulai 20 Mac melalui laman web i-Sejahtera dan turut digalakkan menghubungi Pusat Khidmat Kerajaan Perpaduan berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai semakan status pembayaran
Lim turut meminta pemohon supaya mengemas kini maklumat akaun bank masing-masing bagi memastikan penerimaan bantuan berjalan lancar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial