WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Dan Labuan Hingga Tengah Hari Ini

27/01/2025 10:58 AM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).

Amaran sama turut melibatkan Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih sejam.

 -- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan