GEORGE TOWN, 21 Feb (Bernama) -- Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang pagi ini.
"Polis masih menunggu laporan lengkap punca sebenar kematian mangsa. Setakat ini kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohammad Fahmi Hafiz yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas, meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.
Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial