PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Syarikat semikonduktor terkemuka dunia, ARM Holdings Plc dari United Kingdom (UK) telah menyatakan hasrat mahu berpangkalan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut secara dalam talian pada pagi tadi.
Menurut beliau, perbualan tersebut turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group Corp Masayoshi Son.
"Soal design (reka bentuk) dan pembikinan semikonduktor ini, dia (ARM) adalah antara yang cemerlang di dunia.
"Dia pilih untuk berpangkalan di Malaysia, syukur Alhamdulillah," kata beliau kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, hari ini.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial