WILAYAH - TENGAH > BERITA

Pegawai Integriti SPRM Digesa Tambah Baik Tatakelola Agensi

06/03/2025 12:13 PM

PUTRAJAYA, 6 Mac (Bernama) --  Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditempatkan di Unit Integriti (UI) atau Unit Integriti dan Governans (IGU) agensi luar digesa mengenal pasti kelemahan sistem dan prosedur termasuk undang-undang atau peraturan lapuk untuk ditambah baik, terutamanya penambahbaikan tatakelola berskala besar.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman berkata pelaksanaan cadangan penambahbaikan tatakelola atau khidmat nasihat terhadap agensi telah menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Nasional yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. 

"Pegawai Integriti perlu memantau pelaksanaan khidmat nasihat atau cadangan penambahbaikan tatakelola yang diberi kepada kementerian, jabatan atau agensi di bawah seliaan bagi memastikan ia tercapai seperti disasarkan," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Pegawai SPRM Yang Ditempatkan Ke Agensi Luar (MPSAL) Siri 35 Bil. 1 Tahun 2025, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah-pengarah Bahagian SPRM.

Azmi berkata pegawai SPRM yang ditempatkan di UI atau IGU juga hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab serta dapat memberi sumbangan dalam apa jua inisiatif pencegahan rasuah di agensi masing-masing. 

"Kemahiran sebagai pegawai SPRM hendaklah digunakan sepenuhnya dan dimanfaatkan agar aktiviti pencegahan rasuah, pengukuhan integriti dan pemantapan tatakelola dapat diteruskan di dalam agensi ditempatkan," katanya.

Azmi dalam pada itu turut mengingatkan pelaksanaan Inisiatif Pemantapan Tatakelola dan Antirasuah adalah melalui penganjuran program serta aktiviti kementerian atau agensi secara spesifik seperti program ceramah dan sesi dialog berkaitan antirasuah oleh Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah, naziran mengejut serta penambahbaikan prosedur operasi standard.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan