WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Empat Termasuk Tiga Kanak-kanak Cedera Dalam Kemalangan Babit Van Sekolah, Treler

07/07/2025 05:34 PM

JOHOR BAHRU, 7 Julai (Bernama) -- Tiga kanak-kanak cedera manakala seorang pemandu van wanita tersepit dalam kemalangan melibatkan van sekolah dan lori treler membawa muatan simen berhampiran susur keluar Bandar Dato' Onn, Leburaya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini tengah hari tadi. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Pegawai Bomba Kanan II KUP Muhamad Azizi Zakaria berkata 19 lagi kanak-kanak dan pemandu treler berusia 32 tahun dilaporkan selamat.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.10 tengah hari.

“Terdapat 24 mangsa dengan seorang murid lelaki dan dua murid perempuan cedera, sementara pemandu van berusia 45 tahun cedera akibat tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk rawatan. 

 Operasi melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 10 anggota. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan