WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Kesan Tiga Suspek Kes Pukul Lelaki Di Seberang Perai Selatan

17/07/2025 11:33 PM

NIBONG TEBAL,17 Julai (Bernama) -- Polis sedang mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan kejadian pukul seorang lelaki dekat sini yang videonya tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata pihaknya mengesan rakaman video berdurasi dua minit lima saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki dipukul dan dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda oleh tiga individu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 7.16 malam semalam dan dipercayai berpunca daripada dakwaan kecurian barang kemas melibatkan mangsa. 

“Dalam rakaman itu, tiga lelaki dilihat memukul mangsa di bahagian kepala dan badan tanpa menggunakan sebarang senjata sebelum memaksanya masuk ke dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, mangsa telah menerima rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan di muka serta kepala dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Jay January berkata lelaki itu juga ditangkap untuk siasatan bagi satu kes curi dan kini direman selama empat hari hingga 20 Julai.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan